Showing posts with label My Journal. Show all posts
Showing posts with label My Journal. Show all posts

Thursday, 9 November 2017

SYURGA AKU DATANG

Syurga Aku Datang, 
Bab 2: Buku Akaun Dosa Pahala


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Kita manusia memang takkan dapat lari daripada melakuakan dosa.
Dalam masa yang sama, sedar mahupun tidak kita juga diberikan ganjaran pahala.


Segala perbuatan, setiap perkataan,
Sembunyi-sembunyi, terang-terangan,
Baik mahupun buruk, sengaja ataupun tidak,
Semuanya, dicatat di dalam buku akaun... Akaun ape? Akaun semasa ke akaun simpanan? Ke akaun Facebook? Ha banyak lah kita punya loya buruk, buku akaun amalan kita laa, buku akaun ape lagi....


Surah Al-Inshiqaaq ayat 7-12

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ

7) Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya,

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
8) Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

وَيَنْقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا
9) Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ
10) Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا
11) Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا
12) Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.


Surat amalan ni lah yang kita risaukan. Kerana apa kita risau? Kita risau kerana kita tidak tahu pun apa isinya, dan sekiranya kita mengetahuinya sekalipun, kita tidak tahu bagaimana ianya dihisab.

Contohnya, sepanjang hidup kita, kita tak pernah buat dosa besar, adapun perbuatan-perbuatan nakal yang remeh temeh kita pernah buat, kita selalu buat solat taubat. Tapi!!! Semasa dihisab pada hari kiamat itu, timbangan dosa kita lagi berat daripada timbangan pahala. Kenapa? Pelik betul, check buku amalan kita, memang ada dicatat kita ada buat solat taubat beberapa kali, tapi!!! Satu pun tak diterima. Satu pun tak diterima. 

Apa yang Bain nak cuba sampaikan kat sini, buku amalan ni kita tak nampak. Jangan sebab kita selalu buat solat taubat, kita ingat dosa kita, perbuatan jahat kita dipadam. Jangan juga ingat kita selalu banyak membantu orang ramai, berat dosa kita tinggal solat tu dapat dibalance kan dengan pahala membantu orang ramai tersebut. Perkara ini kita tak dapat lihat dengan mata, tak dapat juga dikira dengan kalkulator.

Perkara ini, bukan macam buku akaun bank. Kita boleh tengok bila, berapa duit yang telah dimasukkan, berapa banyak pula yang kita keluarkan. Zaman kita sekarang ni lagi canggih, check online je. Kalaulah perkara dosa pahala ni, amalan kita ni, dapat dicheck online je, memang mantap. Buka phone check, eh eh ternampak ada dosa masuk pastu pahala yang baru deposit tadi pulak kurang, tengok transaction punya statement lewatkan solat dengan sengaja. مَاشَآءَاللّهُ, patutlah pahalanya kurang dan ada dosa pulak yang ditambah, tak boleh jadi ni. Kita pun segera buat solat taubat, habis solat taubat kita check lagi, tengok dosa tadi tak padam lagi. Kita pun rasa menyesal, pastu istighfar banyak-banyak, tiba-tiba dosa tadi terpadam. Harapann....

Takdenye jadi macam tu. Jangan harap. Buku amalan kita ni memang kita tak dapat check sampailah hari kiamat nanti. Sebab itulah, selagi kita hidup, selagi nyawa belum dihujung tanduk, sebelum matahari terbit dari sebelah Barat, kita cuba sebaik mungkin untuk memperbanyakkan amalan soleh dan menghindarkan diri daripada melakukan maksiat. Tapi manusia takkan dapat lari daripada melakukan dosa, oleh itu jangan penah berhenti beristigfar dan bertaubat.

اِنْشَآءَاللّهُ, apa yang Bain tulis ini khas untuk masyarakat termasuk diri Bain sendiri kerana Bain juga adalah salah seorang yang mewujudkan masyarakat ini.

أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوْا اللهَ لِيْ وَلَكُمْ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Friday, 6 October 2017

kepada dia 💘

"kepada si dia yang pernah ku minati"

Dua pangkal tali,
Daripada dua utas yang berbeza,
Mahu disimpul mati,
Namun tak ku tahu bagaimana caranya.


Ajal, rezeki dan jodoh bukan kita yang tentukan,
Akal dan fikiran dikurniakan untuk kita membuat keputusan,
Al Qur'an dan sunnah sebagai panduan,
Agar kita tak hilang pedoman...

Saya tahu awak punyai impian dan cita-cita,
Saya tak mahu jadi penghalangnya,
Saya sanggup berundur jika dipinta,

Sungguh jika itu yang telah ditulis olehNya...

Awak bukan lah hak milik saya,
Awak anak kepada ibu dan bapa,
Awak berhak untuk bahagia,

Apa pun jua, bertawakal lah kepada Nya...


Dua pangkal tali,
Daripada dua utas yang berbeza,
Mahu disimpul mati,
Namun tak ku tahu bagaimana caranya.


Tuesday, 19 September 2017

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)6

Cerita peristiwa hijrah ini sudah hampir ke hujungnya. Selamat membaca...n_n

       Rasulullah s.a.w. kini memulakan perjalanan ke Madinah, Baginda s.a.w. menunggang Lusa menuju ke markas baru di tengah-tengah keriuhan orang Madinah yang berbaris di sepanjang laluan dengan penuh mesra menyambut kedatangan Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. singgah di lembah Banu Salim dan di situ Baginda s.a.w. menunaikan solat Jumaat bersama 100.
       Selesai solat Jumaat, Baginda akhirnya masuk ke Madinah. Sejak dari itu, daerah yang bernama Yathtrib itu dikenali dengan nama 'Kota Pesuruh Allah Madinah'. Pada hari tersebut, jalan-jalan, lorong-lorong dan rumah-rumah bergema dengan thanks dan taqdis. Gadis-gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi tanda keceriaan dan kegembiraan.
       Sungguhpun tidak mewah, orang Ansar amat berbeza hati mempelawa Rasulullah s.a.w. ke rumah mereka. Ketua kota Madinah berpakaian kacak dengan perisai yang berkilauan mengelilingi unta Rasulullah s.a.w. serta pengikut-pengikut yang hampir dengan Baginda s.a.w. mengadu, "Wahai Pesuruh Allah, kami mengarungi." Lalu Baginda s.a.w. menyahut seruan mereka dengan penuh hormat, "Unta ini menurut perintah Allah, di mana is berhenti, maka disitulah kediamanku."

       Unta yang Rasulullah s.a.w. tunggangi itu pun terus bergerak ke sepah sampai ke tapak Masjid Nabawi yang ada sekarang ini. Lalu unta itu pun berlabuh namun Baginda s.a.w. tidak terus turun, malah, unta itu bangun semula bergerak ke depan kemudian berpatah balik ke tempat pertama tadi lalu unta itu pun melutut. Baginda s.a.w. pun turun dan mendapati bahawa tempat itu adalah kawasan kediaman Banu Najar, suku kabilah yang ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda s.a.w. di sebelah ibu. Rasulullah juga turut gembira kerana ini adalah sebuah penghormatan kepada bapa saudaranya itu dan tinggal bersama mereka. Abu Ayyub al Ansari, tuan rumah yang bernasib baik itu, tampil ke depan kegembiraan tidak terkata kerana Allah merahmatinya untuk mengalu-alukan tetamu mulia dan mempersilakannya masuk ke rumah.

       Kata 'Aishah, "Apabila Rasulullah s.a.w. tiba ke Madinah, Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit. Ana terpaksa melayan keperluan mereka. Apabila demamnya bertambah kuat Abu Bakar menyebut bait-bait syair yang berbau kematian; sementara bilal pula menyebut bait-bait syair yang jelas menunjukkan rindunya kepada kampung halaman".
       Berkata 'Aishah lagi, "Saya maklumkan kepada Nabi s.a.w. keadaan mereka yang kian teruk, dan kata Baginda s.a.w.,

"Ya Allah, kami memohon doa kepadaMu, berilah kekuatan di hati kami untuk menyayangi Madinah sama seperti kami menyayangi Makkah, malah lebih daripada itu. Ya Allah, rahamatilah dan tambahlah kemewahan Madinah dan kami bermohon kepada Mu agar merubah lumpur kotor di sini kepada lemak makanan yang mengeratkan"

TAMAT

Monday, 18 September 2017

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)5



Sebelum Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, Baginda s.a.w. singgah di Quba.
Haaa, alkisahnya......


Pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 23 September 622 Masihi, tibalah Rasulullah s.a.w. ke Quba'. 
       Sebaik sahaja berita ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. tersebar luas, orang ramai berduyun duyun keluar ke tanah lapang al Hurah. Setiap pagi, orang ramai menunggu dengan penuh kegahairahan untuk menemui dan menatap wajah Baginda akan tetapi, dek bahang kepanasan matahari yang amat terik mereka pun terpaksa pulang.
       Suatu hari, seperti biasa orang ramai datang menantikan ketibaan Baginda di pagi hari dan beransur pulang setelah sekian lama. Tiba-tiba seorang Yahudi ternampak sekumpulan pengembara berpakaian serba putih menuju ke Madinah. Lalu Yahudi itu pun melaung dari atas bukit memberitahu bahawa orang yang kamu sekalian tertunggu tunggu telah pun sampai. Khabar gembira itu segera tersebar ke seluruh kota dan orang ramai mara kehadapan bagi menyambut tetamu kehormat mereka.

       Ketibaan Rasulullah s.a.w. disambut dengan laungan takbir "اَللّهُ اَكْبَرُ" dari rumah Banu Amir bin 'Auf. Kegembiraan Baginda s.a.w. semakin bertambah, tetapi Baginda mengarahkan agar laungan itu dihentikan kerana bukan waktunya serta terkeluar daripada batas kesopanan. Orang ramai merenung ke muka Baginda s.a.w. serta melingkungi baginda s.a.w. dalam suasana diselubungi ketenangan lalu wahyu pun turun,.

       Orang ramai semua menyambut Baginda s a.w., lalu Baginda s.a.w. membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalangan qabilah banu Amir bin 'Awaf. 
       Abu Bakar berdiri manakala Baginda s.a.w. duduk berdiam, orang Ansar yang belum pernah melihat Baginda s.a.w. terus mendatangi Baginda s.a.w. untuk mengucap selamat datang. Mereka berucap kepada Abu Bakar hinggalah matahari terbit dan cahayanya memanahi Rasulullah s.a.w. lalu Abu Bakar segera melindungi Baginda s.a.w. dengan kainnya, maka orang ramai kenallah diri Rasulullah s.a.w. itu.
       Sambutan kedatangan Rasulullah s.a.w. merupakan suatu hari paling bersejarah yang belum pernah disaksi lagi. Kaum Yahudi ketika itu menyaksikan kebenaran kedatangan utusan Allah yang telah dikatakan oleh Nabi Habquq,.
"Tuhan datang dari al Taiman, sementara yang Qudus datang dari Gunung Faran".

       Baginda s.a.w. tinggal di Quba bersama Kulthum bin al Hadami(ketua suku kaum Amir bin 'Auf) selama 4 hari. Baginda s.a.w. mengasaskan Masjid Quba dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama dibina atas dasar Taqwa setelah Baginda s.a.w. dilantik menjadi Rasul.
       Pada hari ke 5, Baginda s.a.w. mamanggil Bani al Najjar, bapa saudara Rasulullah SAW sebelah ibu dan Abu Bakar untuk menemaninya ke Madinah. Sebelum itu Baginda SAW menghantar perutusan untuk menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang pedang bergalas keluar untuk menemui Baginda s.a.w.. Akhirnya Rasulullah s.a.w pun berangkat ke destinasi terakhir yakni Madinah.

Bersambungggggg


Thursday, 3 November 2016

SYURGA AKU DATANG

Perjalanan yang jauh beribu batu,
Di lorong berbukit serta berliku,
Ku mengatur langkah dan terus maju,
Ke destinasi yang ingin ku tuju... 

Syurga Aku Datang, 
Bab 1: Penipuan Sebuah Kehidupan

        Hayat ini terlalu pendek untuk disia-siakan dan terlalu panjang untuk diteruskan. Ilmu dan pengalaman mengajar Bain tentang "Penipuan Sebuah Kehidupan" 

        Sejak kecil Bain berlari lintang pukang demi mengejar kemenangan. Kehidupan ketika itu ibarat perlumbaan. Bain mengambil bahagian dalam pelbagai perlumbaan, tetapi tak banyak yang Bain menang. 

        Tatkala banyak kekalahan yang Bain hadapi, Bain mula bertanya pada diri sendiri "kenapa aku perlu menang?". Masa yang pantas berlalu diiringi dengan kekalahan-kekalahan yang amat memilukan, Bain mula bertanya pada diri sendiri "kenapa aku perlu berlumba?". 

        Soalan-soalan sedemikian sedikit demi sedikit akhirnya terjawab, dikala usia yang semakin meningkat mematangkan pemikiran Bain. Bain menganggap diri Bain serba kekurangan dibandingkan dengan budak-budak yang lain. Bain beranggapan budak-budak yang lain memandang rendah pada diri Bain. Oleh yang demikian, Bain menjadikan budak-budak yang lain sebagai pesaing-pesaing yang perlu ditewaskan. Inilah jawapannya, di sinilah perlumbaan itu bermula. 

        Bain perlu menang dalam perlumbaan itu agar budak-budak yang lain mengiktiraf kehebatan Bain. Bain perlu menang demi hadiah kemenangan yang dijanjikan berbentuk wang dan harta benda. Bain perlu menang agar Bain dapat berkawan dengan budak-budak lain yang hebat-hebat. Bain perlu menang supaya Bain tidak merasakan yang diri Bain serba kekurangan. 

        Kini Bain sedar, Bain telah menghina diri sendiri. Bain tidak seharusnya membandingkan diri dengan orang lain. Sepatutnya Bain membandingkan diri dengan diri Bain yang semalam. Bain juga sedar, perlumbaan dalam kehidupan ini adalah satu penipuan, yakni penipuan sebuah kehidupan.

Wednesday, 5 October 2016

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)4


Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w bersama 3 yang lain melalui kampung-kampung di sepanjang laluan menghala ke Quba'. Perjalanan ini menyingkap pelbagai peristiwa menarik...

1          Pada suatu hari, mereka tiada tempat berteduh daripada panas terik, lalu Abu Bakar mencari dan ternampak tempat berteduh di tepi batu. Abu Bakar pun membersihkan kawasan itu serta menghampar baju luarannya bagi membolehkan Baginda berbaring, sementara dia pergi mencari makanan. Di situ Abu Bakar menemui seorang pengembala, budak lelaki Badwi yang sedang duduk berteduh. Abu Bakar meminta sedikit susu untuk Rasulullah s.a.w. Susu tersebut disejukkan dengan sedikit air sambil menunggu Baginda terjaga lalu memimumnya. 

2          Sesiapa yang bertanya Abu Bakar tentang temannya itu yakni Rasulullah s.a.w, Abu Bakar menjawab bahawa temannya itu adalah pemandu perjalanannya. Orang yang bertanya itu faham bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang pemandu perjalanan, tetapi maksud Abu Bakar ialah pembimbing ke jalan yang benar. 

3          Oleh kerana Orang Quraisy akan menghadiahkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah s.a.w, ramai orang mencuba nasib mencari Baginda dan sahabat Baginda. Antaranya adalah Suraqah yang mendapat maklumat tentang 4 orang sedang bergerak di satu laluan. Suraqah secara sulit menjejaki 4 orang itu berseorangan agar dia sahaja yang akan dapat hadiah itu. Dengan menunggang seekor kuda, dia terus laju memburu mereka. Dalam perjalanan itu kudanya tersadung dan tersungkur ke bumi. Mengikut kepercayaan bangsa Arab, itu merupakan petanda tidak baik, tetapi nafsu kebendaan mengaburi hatinya, maka dia terus mengejar mereka. Sekali lagi dia menemui nasib yang sama tapi dia tetap tidak peduli. Sekali lagi dia melompat ke atas pelana lalu memecut selaju yang boleh dan akhirnya hampir berjaya mendekati Baginda. Hati Abu Bakar berdebar-debar dan sentiasa memandang ke belakang sementara Rasulullah s.a.w tetap tabah sambil membaca ayat-ayat Al Quran. 
          Sudah berkali-kali kudanya tersungkur dan gagal dalam pemburuan itu, lalu timbul kesedaran akibat kecelekaan yang menimpa dirinya. Justeru dia insaf bahawa itu adalah amaran keras daripada Allah. Seterusnya dia mendekati Baginda dan yang lain dengan penuh penyesalan dan rendah diri menuntut keampunan daripada Rasulullah s.a.w. Dia menyapa Baginda dan yang lain sambil berkata, "Kaum kamu, Quraisy menjanjikan hadiah lumayan jika dapat menangkap kamu." Dia juga menawarkan bekalan makanan tetapi mereka menolaknya. Mereka cuma memintanya merahsiakan keberangkatan mereka. Lalu Rasulullah s.a.w memaafkannya. Suraqah segera kembali ke Makkah dan cuba menggagalkan rancangan memburu Baginda. Malah dia memeluk Islam dan menjadi seorang pengikut yang amanah. 

4          Mereka meneruskan perjalanan hingga tiba ke sebuah khemah terpencil milik Umi Ma'bad al-Khuza'iyah. Dia seorang wanita yang berhemah dan sering duduk di muka pintu khemahnya menantikan kalau-kalau ada pengembara melalui tempat itu. Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam kepenatan dan dahaga, serta ingin memulihkan tenaga dengan mendapat makanan dan sedikit susu. Wanita itu memberitahu mereka bahawa sekawan kambingnya berada di padang ragut sementara seekor lagi yang berada tidak jauh daripada mereka kekeringan susu kerana tiada hujan sepanjang tahun. Dengan izin wanita itu, Baginda menyentuh tetek itu sambil berdoa kepada Allah, tiba-tiba terpancut susu dengan banyaknya daripada tetek kambing itu. Lantas Baginda memberikan susu kepada wanita itu dan Baginda berkongsi selebihnya dengan anggota rombongan yang lain.
          Sebelum meneruskan perjalanan, Baginda memerah lagi susu kambing itu dan memgisimya ke dalam sebuah bekas lalu menyerahkannya kepada Umi Ma'bad. Apabila Abu Ma'bad, suami kepada Umi Ma'bad pulang dengan sekawan kambing yang kurus kering, dia kagum melihat susu dalam rumahnya. Isterinya memaklumkan bahawa ianya berkat seorang lelaki yang melintas lalu di laluan rumah mereka, dan dengan terperinci dia menggambarkan wajah dan cara pertuturan lelaki itu. Abu Ma'bad dengan serta merta yakin yang orang itulah sedang dicari Kaum Quraisy dan menyuruh isterinya memberi gambaran lengkap tentang lelaki itu. Dia menceritakan tentang susuk badan dan gerak lakunya. Selepas mendengar keterangan isterinya,  Abu Ma'bad dengan ikhlas melahirkan keinginannya untuk menemani Rasulullah s.a.w ke mana-mana sahaja. 

5           Dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah s.a.w bertemu Abu Buraidah, salah seorang yang tertarik dengan tawaran hadiah Quraisy. Tidak lama selepas bersemuka dan bercakap dengan Baginda, dia memeluk Islam bersama 70 orang pengikutnya. Dia menanggalkan serbannya lalu mengikat sekeliling tombaknya dan membawanya sebagai panji-panji bagi membuktikan bahawa malaikat keselamatan dan perdamaian telah datang untuk memberi berkat ke seluruh dunia dengan adil dan saksama. 


Pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 23 September 622 Masihi, tibalah Rasulullah SAW ke Quba'. 


 Bersambung pada Maal Hijrah akan datang Inshaa Allah n_n




Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah) 3

"The more you read, 
The more you know...
The more you know, 
The smarter you grow..." 
Akhirnya... Sampai juga chapter Hijrah Rasulullah s.a.w.

      Ketika rancangan jahat orang kafir telah diputuskan, Jibril diutuskan menemui Rasulullah s.a.w untuk memaklumkan rancangan jahat Quraisy serta merestui Baginda meninggalkan Mekah. Pada waktu tengah hari, Rasulullah s.a.w menemui Abu Bakar untuk mengatur rancangan untuk berhijrah bersama sama. 
     Pada malamnya, orang kafir Quraisy telah bersiap sedia untuk membunuh Rasulullah s.a.w dengan bercengkam mata mengepung rumah Baginda. Mereka merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja Baginda keluar rumah pada awal pagi. Mereka begitu yakin dengan rancangan mereka. 
                  Akan tetapi, rancangan Allah jauh lebih baik daripada rancangan mereka seperti yang difirmankan Nya kepada Rasulullah s.a.w:
          Tanpa mereka sedari, Rasulullah s.a.w menyuruh Ali bin Abi Talib tidur di tempat Baginda. Rasulullah s.a.w, menjamin bahawa Ali berada dalam perlindungan Allah. Kemudian, Baginda keluar dari biliknya dan menabur segenggam habuk ke arah para pembunuh itu, lalu melepaskan diri Baginda melalui mereka sambil membaca ayat Al Quran:

          Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke rumah Abu Bakar dan mereka bergerak ke arah Selatan mendaki puncak gunung Jabal Thur serta mengambil keputusan berlindung di dalam gua. 
          Pada waktu fajar, tiba-tiba salah seorang pembunuh muncul dan memberi tahu yang lain bahawa Rasulullah s.a.w sudah pun keluar. Mereka menyerbu ke dalam dan terperanjat kerana mendapati orang yang baring di tempat tidur Rasulullah s.a.w adalah Ali bukannya Baginda. Lalu seluruh kota pun menjadi kelam kabut. 

          Rasulullah s.a.w mengetahui, orang kafir Quraisy akan mengerah seluruh tenaga untuk menjejaki Baginda, oleh yang demikian, Baginda mengatur muslihat dengan menukar laluan biasa ke Madinah ke arah bertentangan yakni ke Selatan Mekah sementara laluan biasa adalah ke Utara Mekah. 
          Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar menuju ke Gua Thur dan menetap di dalam nya. Abu Bakar masuk ke dalam gua dahulu untuk memeriksa gua itu selamat untuk diduduki. Abu Bakar menutup lubang lubang dengan cebisan kain dan membersihkan ruang tersebut, kemudian barulah dia mengajak Rasulullah s.a.w masuk. Baginda masuk ke dalam gua dan meletakkan kepala Baginda di riba Abu Bakar lalu tertidur. 
          Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat serangga berbisa, sakitnya tidak terkira sehingga air matanya mengalir jatuh ke muka Rasulullah s.a.w. Baginda yang terjaga segera menyapu ludah Baginda ke kaki Abu Bakar dan bisa sengatan itu terus hilang. 
          Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Thur selama 3 malam. Anak Abu Bakar, Abdullah mengunjungi mereka selepas senja, bermalam di situ untuk menceritakan situasi di Mekah dan pulang pada keesokan paginya. Amir bin Fuhairah pula, sambil menjaga sekawan kambing kepunyaan Abu Bakar besama sama pengembala lain pada setiap petang akan melepaskan diri dengan beberapa ekor kambing lalu pergi ke Gua untuk memberi susu kepada Abu Bakar. 

          Di samping itu, orang Quraisy berasa bingung setelah mengetahui Rasulullah s.a.wberjaya meloloskan diri. Mereka menyeksa Ali bin Abi Talib untuk menyoal siasat tentang pelarian Baginda, tetapi mereka gagal mendapatkan maklumat tersebut. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menghadiahkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah s.a.w. Pada masa yang sama, mereka menyekat semua laluan keluar dari Mekah. Mereka juga giat berusaha untuk menjejaki Baginda di sekeliling Mekah namun tidak berjaya. Pernah beberapa kali mereka menghampiri tempat persembunyian Baginda tapi masih mereka tidak dapat mengesan apa-apa.

          Usaha menjejaki Rasulullah s.a.w masih dipergiatkan sehingga malam ke tiga. Abu Bakar telah mengupah Abdullah bin Uraikit yang belum Islam sebagai pemandu. Pemandu itu sampai ke gua tersebut selepas 3 malam mereka berada di dalam gua. Dia membawa 2 ekor unta Abu Bakar seperti yang dirancang. Laporan pemandu tersebut agak memuaskan di mana pemeriksaan orang Quraisy di sekeliling mereka ketika itu amat lemah, justeru peluang terbaik untuk berangkat telah tiba. Mereka membawa bersama bekalan makanan yang dibawa Asma', anak permpuan Abu Bakar. 

         Akhirnya, Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Amir bin Fuhairah pun berangkat diketuai oleh pemandu mereka, Abdullah bin Uraikit. Dengan itu, bermulalah tahun pertama hijrah dalam bulan Rabiulawal bersamaan bulan September 622 Masihi. Kafilah kecil itu bergerak melalui kampung-kampung di sepanjang laluan menghala ke Quba'.
Bersambung... 

Tuesday, 4 October 2016

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)2

"THEY PLAN, AND ALLAH PLANS...
AND ALLAH IS THE BEST OF PLANNERS"
Bain sambung balik baca buku ni dekat Chapter Perjanjian Aqabah Pertama. Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj menemui Rasulullah s.a.w di lereng Aqabah untuk bersumpah...
1- Tidak akan menyembah selain dari Allah,
2- Tidak melakukan zina,
3- Tidak membunuh anak2 mereka,
4- Tidak mengeluarkan kata2 keji,
5- Tidak berdusta,
6- Tidak membantah sebarang perintah Rasulullah s.a.w...

          Kemudian, Rasulullah s.a.w menghantar Mus'ab bin Umair ke Madinah sebagai duta untuk mengajar penduduk Madinah tentang Islam... Alhamdulillah, dakwah Mus'ab di Madinah berjaya dan persekitaran Madinah selamat untuk megamalkan dan memperjuangkan Islam.

          Chapter seterusnya pula adalah Perjanjian Aqabah Kedua. Perjumpaan di Aqabah kali ini kerana orang Islam di Madinah mula merasakan telah tiba masanya untuk mereka melindungi Rasulullah s.a.w yang ditekan oleh orang kafir Mekah.

          Dalam pertemuan kali ini, Orang Ansar bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai prinsip2 yang harus mereka ikrar, Rasulullah s.a.w menjawab seperti berikut:
1- Mendengar dan patuh dalam sebarang keadaan,
2- Berpatutan belanja ketika mewah juga semasa kekurangan
3- Buatlah yang baik tinggal yang jahat
4- Anda tidak seharusnya takut kepada kecaman semasa menjalani suruhan Allah
5- Belalah aku bila aku minta bantuan, dan cegahlah aku dari perbuatan yang kamu sendiri mencegah keluarga dan anak2 kamu daripada kemungkaran. Sekiranya kamu patuh kepada Prinsip2 ini, maka Syurga menunggu kalian.

          Melalaui Perjanjian Aqabah Kedua ini, Orang Ansar dengan rasminya akan berkorban jiwa raga dan harta demi memperjuangkan Islam...

          Selepas menyokong Perjanjian Aqabah Kedua, Rasulullah s.a.w membenarkan orang2 Islam berhijrah ke Madinah, sebuah negeri Islam yang baru muncul.

          Penghijrahan Orang Muhajirin ke Madinah  tidak lah mudah kerana orang kafir Quraisy mempunyai pelbagai helah untuk menghalang penghijrahan ini daripada berlaku. Orang Muhajirin bukan sahaja tidak dibenarkan membawa harta mereka untuk berhijrah, bahkan keluarga mereka juga dihalang daripada menyertai Orang Muhajirin untuk berhijrah. Dengan kata lain untuk berhijrah, Orang Muhajirin terpaksa mengorbankan keluarga mereka, kampung halaman mereka, harta kekayaan mereka dan memulakan kehidupan di negeri baru tanpa apa-apa selain Islam dan Iman yang terpahat dalam hati mereka.

          Penghijrahan Orang Muhajirin disambut baik oleh Orang Ansar. Negeri Islam Madinah semakin berkembang setelah ramai orang Islam Mekah berhijrah ke Madinah, begitu juga dengan orang Islam di Habsyah yang turut berhijrah lagi ke Madinah.

          Perkembangan Orang Islam di Madinah membimbangkan Orang kafir Mekah. Oleh itu mereka mengadakan satu masyuarat untuk menyelesaikan masalah yang mungkin akan berlaku. Tanpa disedari, masyuarat ini disertai Iblis yang menyerupai seorang lelaki tua. Iblis menghasut supaya dibunuh sahaja Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian, setiap kabilah menghantar wakil mereka untuk melakukan jenayah ini.

Bersambung...

Sunday, 2 October 2016

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)1

"Do you have any question?"     

  "To have a question, first... I have to know something to ask"
Sempena Maal Hijrah kali ini, Bain rasa macam nak tahu pasal peristiwa Hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dulu. Almaklumlah, dah lama Bain tinggalkan zaman persekolahan ni, jadi peristiwa Hijrah yang pernah diajar oleh Ustajah dulu macam samar2 balik...
Oleh yang demikian, Bain pun mula la membaca... Sebab buku ni tebal sangat, Bain skip beberape chapter, Bain mula baca daripada peristiwa Hijrah ke Habsyah.. 

          Peristiwa Hijrah pertama ke Habsyah ni tidak disertai Rasulullah s.a.w. Walau yang demikian, orang kafir Quraisy tetap menentang penghijrahan ini.

       Pengajaranye di sini, sesetengah orang kafir ini mereka bukan sahaja menentang Rasulullah s.a.w, bahkan mereka menentang seluruh orang Islam dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menyusahkan dan menyakiti orang Islam.

          Selepas Hijrah yang pertama, Islam di Mekah semakin kuat dengan pengislaman Hamzah bin Abdul Muttalib dan Umar bin Al Khattab. Alhamdulillah, cerita ini pun semakin menarik. Pada masa yang sama, tidak dilupakan peranan Pakcik Rasulullah s.a.w yakni Abu Talib yang sentiasa berada di samping Baginda agar orang kafir Quraisy tidak membuat onar kepada Rasulullah SAW dengan sewenang wenangnya.

          Pelbagai usaha dilakukan orang kafir Quraisy untuk menghalang perkembangan Islam.

          Bain baca baca baca, sampailah chapter Tahun Berduka, dimana Rasulullah s.a.w kehilangan Pakciknya Abu Talib. Sedih sangat apabila Abu Talib yang sebelum ini sentiasa menjaga Rasulullah s.a.w mati...
          Lagi menyedihkan apabila Rasulullah s.a.w yang selalu berjaya berdakwah kepada ramai orang akan tetapi Pakciknya sendiri mati bukan dalam Islam... 
Dalam tahun yang sama, Rasulullah s.a.w kehilangan isterinya yakni Khadijah yang merupakan orang pertama yang mempercayai kerasulan Baginda tatkala ramai orang sekeliling mempersendakan Baginda. Isterinya Khadijah jugalah insan yang berkorban hidup dan hartanya untuk membantu usaha dakwah Rasulullah s.a.w

          Pemergian Abu Talib dan Khdijah membuat Bain rasa sedih, Bain rasa dah tak sabar dah mase tu jadi, Bain pon belek belek muka surat seterusnya sebab nak tahu bila Hijrah ke Madinah akan berlaku. Rupanya peristiwa Hijrah ke Madinah lama lagi nak sampai, Bain pun mula putus asa nak membaca.

          Selepas main game sikit dan mengadu dekat member, barulah Bain meneruskan pembacaan. Bain habis kan baca beberape chapter kemudian Bain terus skip sebab Bain tak boleh sabar dah, Bain baca buku ni sebab nak tahu pasal Hijrah Rasulullah s.a.w, tapi sampai sekarang chapter pasal Hijrah Rasulullah s.a.w tak kunjung tiba... 
Bersambung;;;;

Sunday, 18 September 2016

BAIN

Bain faham pasal rantaian kebencian daripada anime NARUTO.
 *expression muke nerd*

Apabila Encik A menyakiti Encik B, Encik B dan keluarga serta rakan2nya akan menyakiti Encik A bg menuntut bela.

Kemudian Encik A dan keluarga serta rakan2nya juga akan menyakiti Encik B, keluarga Encik B, dan rakan2 Encik B untuk menuntut bela.

Apabila Encik A dan Encik B sudah tiada, pergaduhan ini akan diteruskan oleh keluarga, rakan2, dan generasi mereka. Ianya seperti rantaian, yakni rantaian kebencian. Rantaian ini akan berterusan sehingga salah satu pihak memaafkan dan tidak menuntut bela keatas pihak yg lg satu.

*Expression muke serius*
Realitinya, rantaian generasi ke generasi ini wujud dalam pelbagai bentuk even dalam sebuah institisi keluarga. Anak belajar drpd perbuatan ibu bapanya, jika perbuatan buruk yg ditunjukkan oleh ibu bapa, berkemungkinan besar buruk jugalah perbuatan anaknya. Apabila anak tersebut sudah berumah tangga dan mempunyai anak, perbuatan atau tabiat buruk itu akan diteruskan oleh generasi2 yg mendatang...

(fuuuhhhh... Habis pun muqadimah)

Td pg Bain sarapan at luar, tetiba terjumpa partner meniaga buah dulu, Cik Man. Kami pon sarapanlah bersama sama. Kami bersembang panjang. Antara pesan Cik Man, "selalulah melawat orang tua kita". Bila Cik Man ckp mcm tu, Bain ckp dlm ati, eleh~ ayah n ibu pon jarang sgt lawat atok ngan nenek.... Bain smpai skrg muka atok ngan nenek pon Bain tak tahu...

Pastu Cik Man sambung lg, "Jgn sampai jd mcm ayah dan ibu, atok dan nenek at kampong selalu menagis smpai kering air mata menunggu kepulangan anak2nya"

Baru Bain tersedar, Bain memang x suka duduk rumah lg2 bila ayah n ibu ada at rumah... Bain terfikir, klau Bain pon buat cam ayah dan ibu buat, nnti generasi Bain pon terikut sama.... Maka jd lah sebuah rantaian yg tidak d ketahui d mne ujung nye u_u