Tuesday, 19 September 2017

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)6

Cerita peristiwa hijrah ini sudah hampir ke hujungnya. Selamat membaca...n_n

       Rasulullah s.a.w. kini memulakan perjalanan ke Madinah, Baginda s.a.w. menunggang Lusa menuju ke markas baru di tengah-tengah keriuhan orang Madinah yang berbaris di sepanjang laluan dengan penuh mesra menyambut kedatangan Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. singgah di lembah Banu Salim dan di situ Baginda s.a.w. menunaikan solat Jumaat bersama 100.
       Selesai solat Jumaat, Baginda akhirnya masuk ke Madinah. Sejak dari itu, daerah yang bernama Yathtrib itu dikenali dengan nama 'Kota Pesuruh Allah Madinah'. Pada hari tersebut, jalan-jalan, lorong-lorong dan rumah-rumah bergema dengan thanks dan taqdis. Gadis-gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi tanda keceriaan dan kegembiraan.
       Sungguhpun tidak mewah, orang Ansar amat berbeza hati mempelawa Rasulullah s.a.w. ke rumah mereka. Ketua kota Madinah berpakaian kacak dengan perisai yang berkilauan mengelilingi unta Rasulullah s.a.w. serta pengikut-pengikut yang hampir dengan Baginda s.a.w. mengadu, "Wahai Pesuruh Allah, kami mengarungi." Lalu Baginda s.a.w. menyahut seruan mereka dengan penuh hormat, "Unta ini menurut perintah Allah, di mana is berhenti, maka disitulah kediamanku."

       Unta yang Rasulullah s.a.w. tunggangi itu pun terus bergerak ke sepah sampai ke tapak Masjid Nabawi yang ada sekarang ini. Lalu unta itu pun berlabuh namun Baginda s.a.w. tidak terus turun, malah, unta itu bangun semula bergerak ke depan kemudian berpatah balik ke tempat pertama tadi lalu unta itu pun melutut. Baginda s.a.w. pun turun dan mendapati bahawa tempat itu adalah kawasan kediaman Banu Najar, suku kabilah yang ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda s.a.w. di sebelah ibu. Rasulullah juga turut gembira kerana ini adalah sebuah penghormatan kepada bapa saudaranya itu dan tinggal bersama mereka. Abu Ayyub al Ansari, tuan rumah yang bernasib baik itu, tampil ke depan kegembiraan tidak terkata kerana Allah merahmatinya untuk mengalu-alukan tetamu mulia dan mempersilakannya masuk ke rumah.

       Kata 'Aishah, "Apabila Rasulullah s.a.w. tiba ke Madinah, Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit. Ana terpaksa melayan keperluan mereka. Apabila demamnya bertambah kuat Abu Bakar menyebut bait-bait syair yang berbau kematian; sementara bilal pula menyebut bait-bait syair yang jelas menunjukkan rindunya kepada kampung halaman".
       Berkata 'Aishah lagi, "Saya maklumkan kepada Nabi s.a.w. keadaan mereka yang kian teruk, dan kata Baginda s.a.w.,

"Ya Allah, kami memohon doa kepadaMu, berilah kekuatan di hati kami untuk menyayangi Madinah sama seperti kami menyayangi Makkah, malah lebih daripada itu. Ya Allah, rahamatilah dan tambahlah kemewahan Madinah dan kami bermohon kepada Mu agar merubah lumpur kotor di sini kepada lemak makanan yang mengeratkan"

TAMAT

Monday, 18 September 2017

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)5



Sebelum Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, Baginda s.a.w. singgah di Quba.
Haaa, alkisahnya......


Pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 23 September 622 Masihi, tibalah Rasulullah s.a.w. ke Quba'. 
       Sebaik sahaja berita ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. tersebar luas, orang ramai berduyun duyun keluar ke tanah lapang al Hurah. Setiap pagi, orang ramai menunggu dengan penuh kegahairahan untuk menemui dan menatap wajah Baginda akan tetapi, dek bahang kepanasan matahari yang amat terik mereka pun terpaksa pulang.
       Suatu hari, seperti biasa orang ramai datang menantikan ketibaan Baginda di pagi hari dan beransur pulang setelah sekian lama. Tiba-tiba seorang Yahudi ternampak sekumpulan pengembara berpakaian serba putih menuju ke Madinah. Lalu Yahudi itu pun melaung dari atas bukit memberitahu bahawa orang yang kamu sekalian tertunggu tunggu telah pun sampai. Khabar gembira itu segera tersebar ke seluruh kota dan orang ramai mara kehadapan bagi menyambut tetamu kehormat mereka.

       Ketibaan Rasulullah s.a.w. disambut dengan laungan takbir "اَللّهُ اَكْبَرُ" dari rumah Banu Amir bin 'Auf. Kegembiraan Baginda s.a.w. semakin bertambah, tetapi Baginda mengarahkan agar laungan itu dihentikan kerana bukan waktunya serta terkeluar daripada batas kesopanan. Orang ramai merenung ke muka Baginda s.a.w. serta melingkungi baginda s.a.w. dalam suasana diselubungi ketenangan lalu wahyu pun turun,.

       Orang ramai semua menyambut Baginda s a.w., lalu Baginda s.a.w. membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalangan qabilah banu Amir bin 'Awaf. 
       Abu Bakar berdiri manakala Baginda s.a.w. duduk berdiam, orang Ansar yang belum pernah melihat Baginda s.a.w. terus mendatangi Baginda s.a.w. untuk mengucap selamat datang. Mereka berucap kepada Abu Bakar hinggalah matahari terbit dan cahayanya memanahi Rasulullah s.a.w. lalu Abu Bakar segera melindungi Baginda s.a.w. dengan kainnya, maka orang ramai kenallah diri Rasulullah s.a.w. itu.
       Sambutan kedatangan Rasulullah s.a.w. merupakan suatu hari paling bersejarah yang belum pernah disaksi lagi. Kaum Yahudi ketika itu menyaksikan kebenaran kedatangan utusan Allah yang telah dikatakan oleh Nabi Habquq,.
"Tuhan datang dari al Taiman, sementara yang Qudus datang dari Gunung Faran".

       Baginda s.a.w. tinggal di Quba bersama Kulthum bin al Hadami(ketua suku kaum Amir bin 'Auf) selama 4 hari. Baginda s.a.w. mengasaskan Masjid Quba dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama dibina atas dasar Taqwa setelah Baginda s.a.w. dilantik menjadi Rasul.
       Pada hari ke 5, Baginda s.a.w. mamanggil Bani al Najjar, bapa saudara Rasulullah SAW sebelah ibu dan Abu Bakar untuk menemaninya ke Madinah. Sebelum itu Baginda SAW menghantar perutusan untuk menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang pedang bergalas keluar untuk menemui Baginda s.a.w.. Akhirnya Rasulullah s.a.w pun berangkat ke destinasi terakhir yakni Madinah.

Bersambungggggg