Wednesday, 5 October 2016

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah) 3

"The more you read, 
The more you know...
The more you know, 
The smarter you grow..." 
Akhirnya... Sampai juga chapter Hijrah Rasulullah s.a.w.

      Ketika rancangan jahat orang kafir telah diputuskan, Jibril diutuskan menemui Rasulullah s.a.w untuk memaklumkan rancangan jahat Quraisy serta merestui Baginda meninggalkan Mekah. Pada waktu tengah hari, Rasulullah s.a.w menemui Abu Bakar untuk mengatur rancangan untuk berhijrah bersama sama. 
     Pada malamnya, orang kafir Quraisy telah bersiap sedia untuk membunuh Rasulullah s.a.w dengan bercengkam mata mengepung rumah Baginda. Mereka merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja Baginda keluar rumah pada awal pagi. Mereka begitu yakin dengan rancangan mereka. 
                  Akan tetapi, rancangan Allah jauh lebih baik daripada rancangan mereka seperti yang difirmankan Nya kepada Rasulullah s.a.w:
          Tanpa mereka sedari, Rasulullah s.a.w menyuruh Ali bin Abi Talib tidur di tempat Baginda. Rasulullah s.a.w, menjamin bahawa Ali berada dalam perlindungan Allah. Kemudian, Baginda keluar dari biliknya dan menabur segenggam habuk ke arah para pembunuh itu, lalu melepaskan diri Baginda melalui mereka sambil membaca ayat Al Quran:

          Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke rumah Abu Bakar dan mereka bergerak ke arah Selatan mendaki puncak gunung Jabal Thur serta mengambil keputusan berlindung di dalam gua. 
          Pada waktu fajar, tiba-tiba salah seorang pembunuh muncul dan memberi tahu yang lain bahawa Rasulullah s.a.w sudah pun keluar. Mereka menyerbu ke dalam dan terperanjat kerana mendapati orang yang baring di tempat tidur Rasulullah s.a.w adalah Ali bukannya Baginda. Lalu seluruh kota pun menjadi kelam kabut. 

          Rasulullah s.a.w mengetahui, orang kafir Quraisy akan mengerah seluruh tenaga untuk menjejaki Baginda, oleh yang demikian, Baginda mengatur muslihat dengan menukar laluan biasa ke Madinah ke arah bertentangan yakni ke Selatan Mekah sementara laluan biasa adalah ke Utara Mekah. 
          Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar menuju ke Gua Thur dan menetap di dalam nya. Abu Bakar masuk ke dalam gua dahulu untuk memeriksa gua itu selamat untuk diduduki. Abu Bakar menutup lubang lubang dengan cebisan kain dan membersihkan ruang tersebut, kemudian barulah dia mengajak Rasulullah s.a.w masuk. Baginda masuk ke dalam gua dan meletakkan kepala Baginda di riba Abu Bakar lalu tertidur. 
          Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat serangga berbisa, sakitnya tidak terkira sehingga air matanya mengalir jatuh ke muka Rasulullah s.a.w. Baginda yang terjaga segera menyapu ludah Baginda ke kaki Abu Bakar dan bisa sengatan itu terus hilang. 
          Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Thur selama 3 malam. Anak Abu Bakar, Abdullah mengunjungi mereka selepas senja, bermalam di situ untuk menceritakan situasi di Mekah dan pulang pada keesokan paginya. Amir bin Fuhairah pula, sambil menjaga sekawan kambing kepunyaan Abu Bakar besama sama pengembala lain pada setiap petang akan melepaskan diri dengan beberapa ekor kambing lalu pergi ke Gua untuk memberi susu kepada Abu Bakar. 

          Di samping itu, orang Quraisy berasa bingung setelah mengetahui Rasulullah s.a.wberjaya meloloskan diri. Mereka menyeksa Ali bin Abi Talib untuk menyoal siasat tentang pelarian Baginda, tetapi mereka gagal mendapatkan maklumat tersebut. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menghadiahkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah s.a.w. Pada masa yang sama, mereka menyekat semua laluan keluar dari Mekah. Mereka juga giat berusaha untuk menjejaki Baginda di sekeliling Mekah namun tidak berjaya. Pernah beberapa kali mereka menghampiri tempat persembunyian Baginda tapi masih mereka tidak dapat mengesan apa-apa.

          Usaha menjejaki Rasulullah s.a.w masih dipergiatkan sehingga malam ke tiga. Abu Bakar telah mengupah Abdullah bin Uraikit yang belum Islam sebagai pemandu. Pemandu itu sampai ke gua tersebut selepas 3 malam mereka berada di dalam gua. Dia membawa 2 ekor unta Abu Bakar seperti yang dirancang. Laporan pemandu tersebut agak memuaskan di mana pemeriksaan orang Quraisy di sekeliling mereka ketika itu amat lemah, justeru peluang terbaik untuk berangkat telah tiba. Mereka membawa bersama bekalan makanan yang dibawa Asma', anak permpuan Abu Bakar. 

         Akhirnya, Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Amir bin Fuhairah pun berangkat diketuai oleh pemandu mereka, Abdullah bin Uraikit. Dengan itu, bermulalah tahun pertama hijrah dalam bulan Rabiulawal bersamaan bulan September 622 Masihi. Kafilah kecil itu bergerak melalui kampung-kampung di sepanjang laluan menghala ke Quba'.
Bersambung... 

No comments:

Post a Comment