Thursday, 9 November 2017

SYURGA AKU DATANG

Syurga Aku Datang, 
Bab 2: Buku Akaun Dosa Pahala


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Kita manusia memang takkan dapat lari daripada melakuakan dosa.
Dalam masa yang sama, sedar mahupun tidak kita juga diberikan ganjaran pahala.


Segala perbuatan, setiap perkataan,
Sembunyi-sembunyi, terang-terangan,
Baik mahupun buruk, sengaja ataupun tidak,
Semuanya, dicatat di dalam buku akaun... Akaun ape? Akaun semasa ke akaun simpanan? Ke akaun Facebook? Ha banyak lah kita punya loya buruk, buku akaun amalan kita laa, buku akaun ape lagi....


Surah Al-Inshiqaaq ayat 7-12

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ

7) Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya,

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
8) Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

وَيَنْقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا
9) Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ
10) Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا
11) Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا
12) Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.


Surat amalan ni lah yang kita risaukan. Kerana apa kita risau? Kita risau kerana kita tidak tahu pun apa isinya, dan sekiranya kita mengetahuinya sekalipun, kita tidak tahu bagaimana ianya dihisab.

Contohnya, sepanjang hidup kita, kita tak pernah buat dosa besar, adapun perbuatan-perbuatan nakal yang remeh temeh kita pernah buat, kita selalu buat solat taubat. Tapi!!! Semasa dihisab pada hari kiamat itu, timbangan dosa kita lagi berat daripada timbangan pahala. Kenapa? Pelik betul, check buku amalan kita, memang ada dicatat kita ada buat solat taubat beberapa kali, tapi!!! Satu pun tak diterima. Satu pun tak diterima. 

Apa yang Bain nak cuba sampaikan kat sini, buku amalan ni kita tak nampak. Jangan sebab kita selalu buat solat taubat, kita ingat dosa kita, perbuatan jahat kita dipadam. Jangan juga ingat kita selalu banyak membantu orang ramai, berat dosa kita tinggal solat tu dapat dibalance kan dengan pahala membantu orang ramai tersebut. Perkara ini kita tak dapat lihat dengan mata, tak dapat juga dikira dengan kalkulator.

Perkara ini, bukan macam buku akaun bank. Kita boleh tengok bila, berapa duit yang telah dimasukkan, berapa banyak pula yang kita keluarkan. Zaman kita sekarang ni lagi canggih, check online je. Kalaulah perkara dosa pahala ni, amalan kita ni, dapat dicheck online je, memang mantap. Buka phone check, eh eh ternampak ada dosa masuk pastu pahala yang baru deposit tadi pulak kurang, tengok transaction punya statement lewatkan solat dengan sengaja. مَاشَآءَاللّهُ, patutlah pahalanya kurang dan ada dosa pulak yang ditambah, tak boleh jadi ni. Kita pun segera buat solat taubat, habis solat taubat kita check lagi, tengok dosa tadi tak padam lagi. Kita pun rasa menyesal, pastu istighfar banyak-banyak, tiba-tiba dosa tadi terpadam. Harapann....

Takdenye jadi macam tu. Jangan harap. Buku amalan kita ni memang kita tak dapat check sampailah hari kiamat nanti. Sebab itulah, selagi kita hidup, selagi nyawa belum dihujung tanduk, sebelum matahari terbit dari sebelah Barat, kita cuba sebaik mungkin untuk memperbanyakkan amalan soleh dan menghindarkan diri daripada melakukan maksiat. Tapi manusia takkan dapat lari daripada melakukan dosa, oleh itu jangan penah berhenti beristigfar dan bertaubat.

اِنْشَآءَاللّهُ, apa yang Bain tulis ini khas untuk masyarakat termasuk diri Bain sendiri kerana Bain juga adalah salah seorang yang mewujudkan masyarakat ini.

أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوْا اللهَ لِيْ وَلَكُمْ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Friday, 6 October 2017

kepada dia 💘

"kepada si dia yang pernah ku minati"

Dua pangkal tali,
Daripada dua utas yang berbeza,
Mahu disimpul mati,
Namun tak ku tahu bagaimana caranya.


Ajal, rezeki dan jodoh bukan kita yang tentukan,
Akal dan fikiran dikurniakan untuk kita membuat keputusan,
Al Qur'an dan sunnah sebagai panduan,
Agar kita tak hilang pedoman...

Saya tahu awak punyai impian dan cita-cita,
Saya tak mahu jadi penghalangnya,
Saya sanggup berundur jika dipinta,

Sungguh jika itu yang telah ditulis olehNya...

Awak bukan lah hak milik saya,
Awak anak kepada ibu dan bapa,
Awak berhak untuk bahagia,

Apa pun jua, bertawakal lah kepada Nya...


Dua pangkal tali,
Daripada dua utas yang berbeza,
Mahu disimpul mati,
Namun tak ku tahu bagaimana caranya.


Tuesday, 19 September 2017

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)6

Cerita peristiwa hijrah ini sudah hampir ke hujungnya. Selamat membaca...n_n

       Rasulullah s.a.w. kini memulakan perjalanan ke Madinah, Baginda s.a.w. menunggang Lusa menuju ke markas baru di tengah-tengah keriuhan orang Madinah yang berbaris di sepanjang laluan dengan penuh mesra menyambut kedatangan Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. singgah di lembah Banu Salim dan di situ Baginda s.a.w. menunaikan solat Jumaat bersama 100.
       Selesai solat Jumaat, Baginda akhirnya masuk ke Madinah. Sejak dari itu, daerah yang bernama Yathtrib itu dikenali dengan nama 'Kota Pesuruh Allah Madinah'. Pada hari tersebut, jalan-jalan, lorong-lorong dan rumah-rumah bergema dengan thanks dan taqdis. Gadis-gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi tanda keceriaan dan kegembiraan.
       Sungguhpun tidak mewah, orang Ansar amat berbeza hati mempelawa Rasulullah s.a.w. ke rumah mereka. Ketua kota Madinah berpakaian kacak dengan perisai yang berkilauan mengelilingi unta Rasulullah s.a.w. serta pengikut-pengikut yang hampir dengan Baginda s.a.w. mengadu, "Wahai Pesuruh Allah, kami mengarungi." Lalu Baginda s.a.w. menyahut seruan mereka dengan penuh hormat, "Unta ini menurut perintah Allah, di mana is berhenti, maka disitulah kediamanku."

       Unta yang Rasulullah s.a.w. tunggangi itu pun terus bergerak ke sepah sampai ke tapak Masjid Nabawi yang ada sekarang ini. Lalu unta itu pun berlabuh namun Baginda s.a.w. tidak terus turun, malah, unta itu bangun semula bergerak ke depan kemudian berpatah balik ke tempat pertama tadi lalu unta itu pun melutut. Baginda s.a.w. pun turun dan mendapati bahawa tempat itu adalah kawasan kediaman Banu Najar, suku kabilah yang ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda s.a.w. di sebelah ibu. Rasulullah juga turut gembira kerana ini adalah sebuah penghormatan kepada bapa saudaranya itu dan tinggal bersama mereka. Abu Ayyub al Ansari, tuan rumah yang bernasib baik itu, tampil ke depan kegembiraan tidak terkata kerana Allah merahmatinya untuk mengalu-alukan tetamu mulia dan mempersilakannya masuk ke rumah.

       Kata 'Aishah, "Apabila Rasulullah s.a.w. tiba ke Madinah, Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit. Ana terpaksa melayan keperluan mereka. Apabila demamnya bertambah kuat Abu Bakar menyebut bait-bait syair yang berbau kematian; sementara bilal pula menyebut bait-bait syair yang jelas menunjukkan rindunya kepada kampung halaman".
       Berkata 'Aishah lagi, "Saya maklumkan kepada Nabi s.a.w. keadaan mereka yang kian teruk, dan kata Baginda s.a.w.,

"Ya Allah, kami memohon doa kepadaMu, berilah kekuatan di hati kami untuk menyayangi Madinah sama seperti kami menyayangi Makkah, malah lebih daripada itu. Ya Allah, rahamatilah dan tambahlah kemewahan Madinah dan kami bermohon kepada Mu agar merubah lumpur kotor di sini kepada lemak makanan yang mengeratkan"

TAMAT

Monday, 18 September 2017

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)5



Sebelum Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, Baginda s.a.w. singgah di Quba.
Haaa, alkisahnya......


Pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 23 September 622 Masihi, tibalah Rasulullah s.a.w. ke Quba'. 
       Sebaik sahaja berita ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. tersebar luas, orang ramai berduyun duyun keluar ke tanah lapang al Hurah. Setiap pagi, orang ramai menunggu dengan penuh kegahairahan untuk menemui dan menatap wajah Baginda akan tetapi, dek bahang kepanasan matahari yang amat terik mereka pun terpaksa pulang.
       Suatu hari, seperti biasa orang ramai datang menantikan ketibaan Baginda di pagi hari dan beransur pulang setelah sekian lama. Tiba-tiba seorang Yahudi ternampak sekumpulan pengembara berpakaian serba putih menuju ke Madinah. Lalu Yahudi itu pun melaung dari atas bukit memberitahu bahawa orang yang kamu sekalian tertunggu tunggu telah pun sampai. Khabar gembira itu segera tersebar ke seluruh kota dan orang ramai mara kehadapan bagi menyambut tetamu kehormat mereka.

       Ketibaan Rasulullah s.a.w. disambut dengan laungan takbir "اَللّهُ اَكْبَرُ" dari rumah Banu Amir bin 'Auf. Kegembiraan Baginda s.a.w. semakin bertambah, tetapi Baginda mengarahkan agar laungan itu dihentikan kerana bukan waktunya serta terkeluar daripada batas kesopanan. Orang ramai merenung ke muka Baginda s.a.w. serta melingkungi baginda s.a.w. dalam suasana diselubungi ketenangan lalu wahyu pun turun,.

       Orang ramai semua menyambut Baginda s a.w., lalu Baginda s.a.w. membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalangan qabilah banu Amir bin 'Awaf. 
       Abu Bakar berdiri manakala Baginda s.a.w. duduk berdiam, orang Ansar yang belum pernah melihat Baginda s.a.w. terus mendatangi Baginda s.a.w. untuk mengucap selamat datang. Mereka berucap kepada Abu Bakar hinggalah matahari terbit dan cahayanya memanahi Rasulullah s.a.w. lalu Abu Bakar segera melindungi Baginda s.a.w. dengan kainnya, maka orang ramai kenallah diri Rasulullah s.a.w. itu.
       Sambutan kedatangan Rasulullah s.a.w. merupakan suatu hari paling bersejarah yang belum pernah disaksi lagi. Kaum Yahudi ketika itu menyaksikan kebenaran kedatangan utusan Allah yang telah dikatakan oleh Nabi Habquq,.
"Tuhan datang dari al Taiman, sementara yang Qudus datang dari Gunung Faran".

       Baginda s.a.w. tinggal di Quba bersama Kulthum bin al Hadami(ketua suku kaum Amir bin 'Auf) selama 4 hari. Baginda s.a.w. mengasaskan Masjid Quba dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama dibina atas dasar Taqwa setelah Baginda s.a.w. dilantik menjadi Rasul.
       Pada hari ke 5, Baginda s.a.w. mamanggil Bani al Najjar, bapa saudara Rasulullah SAW sebelah ibu dan Abu Bakar untuk menemaninya ke Madinah. Sebelum itu Baginda SAW menghantar perutusan untuk menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang pedang bergalas keluar untuk menemui Baginda s.a.w.. Akhirnya Rasulullah s.a.w pun berangkat ke destinasi terakhir yakni Madinah.

Bersambungggggg


Saturday, 29 April 2017

Hidupku Bain

gambar sekadar hiasan, tiada maksud untuk memikat tapi kalau kau terpikat, ku tak kesah apa salahnyaaa~
Dosa-dosa yang berterusan,
Taubat telah lama ditinggalkan,
Kehidupan yang perlu diteruskan,
Penuh dengan nikmat dan ujian.

Pagi yang cerah tidak terperi,
Fikirkan hujan tidak sekali,
Petang yang indah terus dinanti,
Rupanya hujan di tengah hari.

Sudah jatuh ditimpa tangga,
Rasanya sakit tidak terhingga,
Dialah tunggak kepada keluarga,
Memang malang tiada diduga.

Sedang asyik menghadapi ujian,
Terungkap kembali pelbagai kenangan,
Makin terserlah kepribadian,
Siapakah kawan siapakah lawan.

Diam-diam ubi walaupun berisi,
Tin kosong pula rancak berbunyi,
Pelbagai ilmu terus dikongsi,
Sebagai pedoman kini dan nanti.

Pantang maut sebelum ajal,
Seorang nakhoda berjiwa kental,
Walaupun sukar untuk dikawal,
Para kelasi berhati cekal.

Kehidupan ini perlu diteruskan,
Jatuh bangun dan terus kehadapan,
Selagi jasad dikandung badan,
Pahit manis semua ditelan.

Lihat kembali ke dalam diri,
Sampai bila harus bergini,
Masa terus berlalu pergi,
Inilah masanya untuk kembali.

Jangan lari daripada masalah,
Otak diperah keringat dikerah,
Setelah selesai bersusah payah,
Kepada Allah kita berserah.