Sebelum Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, Baginda s.a.w. singgah di Quba.
Haaa, alkisahnya......
Pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 23 September 622 Masihi, tibalah Rasulullah s.a.w. ke Quba'.
Sebaik sahaja berita ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. tersebar luas, orang ramai berduyun duyun keluar ke tanah lapang al Hurah. Setiap pagi, orang ramai menunggu dengan penuh kegahairahan untuk menemui dan menatap wajah Baginda akan tetapi, dek bahang kepanasan matahari yang amat terik mereka pun terpaksa pulang.
Suatu hari, seperti biasa orang ramai datang menantikan ketibaan Baginda di pagi hari dan beransur pulang setelah sekian lama. Tiba-tiba seorang Yahudi ternampak sekumpulan pengembara berpakaian serba putih menuju ke Madinah. Lalu Yahudi itu pun melaung dari atas bukit memberitahu bahawa orang yang kamu sekalian tertunggu tunggu telah pun sampai. Khabar gembira itu segera tersebar ke seluruh kota dan orang ramai mara kehadapan bagi menyambut tetamu kehormat mereka.
Ketibaan Rasulullah s.a.w. disambut dengan laungan takbir "اَللّهُ اَكْبَرُ" dari rumah Banu Amir bin 'Auf. Kegembiraan Baginda s.a.w. semakin bertambah, tetapi Baginda mengarahkan agar laungan itu dihentikan kerana bukan waktunya serta terkeluar daripada batas kesopanan. Orang ramai merenung ke muka Baginda s.a.w. serta melingkungi baginda s.a.w. dalam suasana diselubungi ketenangan lalu wahyu pun turun,.
Orang ramai semua menyambut Baginda s a.w., lalu Baginda s.a.w. membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalangan qabilah banu Amir bin 'Awaf.
Abu Bakar berdiri manakala Baginda s.a.w. duduk berdiam, orang Ansar yang belum pernah melihat Baginda s.a.w. terus mendatangi Baginda s.a.w. untuk mengucap selamat datang. Mereka berucap kepada Abu Bakar hinggalah matahari terbit dan cahayanya memanahi Rasulullah s.a.w. lalu Abu Bakar segera melindungi Baginda s.a.w. dengan kainnya, maka orang ramai kenallah diri Rasulullah s.a.w. itu.
Sambutan kedatangan Rasulullah s.a.w. merupakan suatu hari paling bersejarah yang belum pernah disaksi lagi. Kaum Yahudi ketika itu menyaksikan kebenaran kedatangan utusan Allah yang telah dikatakan oleh Nabi Habquq,.
"Tuhan datang dari al Taiman, sementara yang Qudus datang dari Gunung Faran".
Baginda s.a.w. tinggal di Quba bersama Kulthum bin al Hadami(ketua suku kaum Amir bin 'Auf) selama 4 hari. Baginda s.a.w. mengasaskan Masjid Quba dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama dibina atas dasar Taqwa setelah Baginda s.a.w. dilantik menjadi Rasul.
Pada hari ke 5, Baginda s.a.w. mamanggil Bani al Najjar, bapa saudara Rasulullah SAW sebelah ibu dan Abu Bakar untuk menemaninya ke Madinah. Sebelum itu Baginda SAW menghantar perutusan untuk menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang pedang bergalas keluar untuk menemui Baginda s.a.w.. Akhirnya Rasulullah s.a.w pun berangkat ke destinasi terakhir yakni Madinah.
Bersambungggggg
Bersambungggggg


No comments:
Post a Comment