Tuesday, 4 October 2016

Baca Buku (Riwayat Rasulullah - Hijrah)2

"THEY PLAN, AND ALLAH PLANS...
AND ALLAH IS THE BEST OF PLANNERS"
Bain sambung balik baca buku ni dekat Chapter Perjanjian Aqabah Pertama. Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj menemui Rasulullah s.a.w di lereng Aqabah untuk bersumpah...
1- Tidak akan menyembah selain dari Allah,
2- Tidak melakukan zina,
3- Tidak membunuh anak2 mereka,
4- Tidak mengeluarkan kata2 keji,
5- Tidak berdusta,
6- Tidak membantah sebarang perintah Rasulullah s.a.w...

          Kemudian, Rasulullah s.a.w menghantar Mus'ab bin Umair ke Madinah sebagai duta untuk mengajar penduduk Madinah tentang Islam... Alhamdulillah, dakwah Mus'ab di Madinah berjaya dan persekitaran Madinah selamat untuk megamalkan dan memperjuangkan Islam.

          Chapter seterusnya pula adalah Perjanjian Aqabah Kedua. Perjumpaan di Aqabah kali ini kerana orang Islam di Madinah mula merasakan telah tiba masanya untuk mereka melindungi Rasulullah s.a.w yang ditekan oleh orang kafir Mekah.

          Dalam pertemuan kali ini, Orang Ansar bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai prinsip2 yang harus mereka ikrar, Rasulullah s.a.w menjawab seperti berikut:
1- Mendengar dan patuh dalam sebarang keadaan,
2- Berpatutan belanja ketika mewah juga semasa kekurangan
3- Buatlah yang baik tinggal yang jahat
4- Anda tidak seharusnya takut kepada kecaman semasa menjalani suruhan Allah
5- Belalah aku bila aku minta bantuan, dan cegahlah aku dari perbuatan yang kamu sendiri mencegah keluarga dan anak2 kamu daripada kemungkaran. Sekiranya kamu patuh kepada Prinsip2 ini, maka Syurga menunggu kalian.

          Melalaui Perjanjian Aqabah Kedua ini, Orang Ansar dengan rasminya akan berkorban jiwa raga dan harta demi memperjuangkan Islam...

          Selepas menyokong Perjanjian Aqabah Kedua, Rasulullah s.a.w membenarkan orang2 Islam berhijrah ke Madinah, sebuah negeri Islam yang baru muncul.

          Penghijrahan Orang Muhajirin ke Madinah  tidak lah mudah kerana orang kafir Quraisy mempunyai pelbagai helah untuk menghalang penghijrahan ini daripada berlaku. Orang Muhajirin bukan sahaja tidak dibenarkan membawa harta mereka untuk berhijrah, bahkan keluarga mereka juga dihalang daripada menyertai Orang Muhajirin untuk berhijrah. Dengan kata lain untuk berhijrah, Orang Muhajirin terpaksa mengorbankan keluarga mereka, kampung halaman mereka, harta kekayaan mereka dan memulakan kehidupan di negeri baru tanpa apa-apa selain Islam dan Iman yang terpahat dalam hati mereka.

          Penghijrahan Orang Muhajirin disambut baik oleh Orang Ansar. Negeri Islam Madinah semakin berkembang setelah ramai orang Islam Mekah berhijrah ke Madinah, begitu juga dengan orang Islam di Habsyah yang turut berhijrah lagi ke Madinah.

          Perkembangan Orang Islam di Madinah membimbangkan Orang kafir Mekah. Oleh itu mereka mengadakan satu masyuarat untuk menyelesaikan masalah yang mungkin akan berlaku. Tanpa disedari, masyuarat ini disertai Iblis yang menyerupai seorang lelaki tua. Iblis menghasut supaya dibunuh sahaja Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian, setiap kabilah menghantar wakil mereka untuk melakukan jenayah ini.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment