gambar sekadar hiasan, tiada maksud untuk memikat tapi kalau kau terpikat, ku tak kesah apa salahnyaaa~
Dosa-dosa yang berterusan,
Taubat telah lama ditinggalkan,
Kehidupan yang perlu diteruskan,
Penuh dengan nikmat dan ujian.
Pagi yang cerah tidak terperi,
Fikirkan hujan tidak sekali,
Petang yang indah terus dinanti,
Rupanya hujan di tengah hari.
Sudah jatuh ditimpa tangga,
Rasanya sakit tidak terhingga,
Dialah tunggak kepada keluarga,
Memang malang tiada diduga.
Sedang asyik menghadapi ujian,
Terungkap kembali pelbagai kenangan,
Makin terserlah kepribadian,
Siapakah kawan siapakah lawan.
Diam-diam ubi walaupun berisi,
Tin kosong pula rancak berbunyi,
Pelbagai ilmu terus dikongsi,
Sebagai pedoman kini dan nanti.
Pantang maut sebelum ajal,
Seorang nakhoda berjiwa kental,
Walaupun sukar untuk dikawal,
Para kelasi berhati cekal.
Kehidupan ini perlu diteruskan,
Jatuh bangun dan terus kehadapan,
Selagi jasad dikandung badan,
Pahit manis semua ditelan.
Lihat kembali ke dalam diri,
Sampai bila harus bergini,
Masa terus berlalu pergi,
Inilah masanya untuk kembali.
Jangan lari daripada masalah,
Otak diperah keringat dikerah,
Setelah selesai bersusah payah,
Kepada Allah kita berserah.

No comments:
Post a Comment